Remaja bawah umur babit kes rogol suka sama suka dirujuk JAHEAIK – Polis Kelantan
Kes remaja perempuan bawah umur di Kelantan yang terbabit kes rogol suka sama suka telah diambil tindakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat berkata, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat dengan JAHEIK dan merujuk lima remaja perempuan terbabit kepada jabatan tersebut.
“Sejak dua bulan lalu, kita sudah merujuk lima remaja perempuan bawah umur yang terbabit kes rogol suka sama suka untuk diambil tindakan oleh JAHEAIK
“Bagi pihak lelaki kita tuduh di mahkamah namun disebabkan tiada undang-undang untuk remaja perempuan bawah umur diambil tindakan, maka kita rujuk kepada JAHEAIK,” katanya.
Mengulas lanjut katanya, dengan pendekatan yang dilakukan itu diharap dapat menangani masalah jenayah rogol dan amang seksual suka sama suka.