14,808 mangsa banjir di 4 negeri berlindung di 106 PPS, jumlah makin meningkat
Seramai 14,808 mangsa banjir membabitkan 4,823 keluarga kini berlindung di 106 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan.
Berdasarkan maklumat Info Bencana Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), jumlah itu membabitkan seramai 4,862 lelaki dan 4,801 wanita serta 2,356 kanak-kanak lelaki dan 2,348 kanak-kanak perempuan
Sementara itu, terdapat 210 bayi lelaki dan 231 bayi perempuan juga berada di PPS setakat 8 pagi tadi.
Daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir itu juga, 679 orang merupakan warga emas lelaki dan 712 warga emas perempuan serta 308 OKU lelaki dan 203 OKU perempuan.
Pahang merekodkan jumlah PPS paling banyak beroperasi dengan 81 dibuka di enam daerah membabitkan Kuantan, Pekan, Maran, Rompin, Jerantut dan Lipis yang menempatkan seramai 13,462 mangsa banjir membabitkan 4,439 keluarga.
Di Terengganu dengan PPS pertama dibuka di Kemaman sejak 15 Disember lalu, mangsa banjir kini mencecah 809 mangsa membabitkan daerah Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun.
Sebanyak 18 PPS sedang beroperasi dengan Kemaman menyaksikan paling ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Sementara itu, Johor menyaksikan 356 mangsa banjir di Mersing ditempatkan di PPS manakala 185 orang di Kelantan membabitkan daerah Gua Musang dan Kuala Krai berlindung di PPS.
BACA JUGA Pas terdesak main sentimen kaum bukan merit isu lantikan menteri