Fahmi Reza kena tahan

Pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza dilaporkan telah ditahan polis selepas memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini.

Menurut Harian Metro, penahanan dibuat ekoran hantaran di media sosial berkaitan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Peguam Rajsurian Pillai berkata, pihaknya sedang cuba mendapatman jaminan untuk aktivis berkenaan.

Sebelum ini, lebih 50 laporan polis dibuat terhadap Fahmi atas dakwaan menghina TMJ, termasuk oleh lebih 20 Adun.

BACA JUGA ‘Polis dah panggil. Let’s dance!’