Kuala Lumpur, Putrajaya dan tujuh negeri hujan lebat sehingga 9 malam

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Cuaca buruk dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa daerah di Selangor iaitu Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Selain itu, Kulim dan Bandar Baru, Kedah turut dijangka terlibat, manakala di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

Di Negeri Sembilan, cuaca dijangka melanda Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

Sarawak membabitkan Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

Sementara di Sabah melibatkan Pedalaman iaitu di Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau.

BACA JUGA Papagomo didakwa salah guna syarikat kutip sumbangan awam bayar saman Anwar