Pengguna lebuh raya nikmati diskaun tol 50 peratus sempena Krismas
Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember ini kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena dengan sambutan Hari Krismas.
Diskaun tol ini diberikan kepada kenderaan kelas 1 (kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara.
Plaza Tol terbabit adalah Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.
“Pemberian diskaun tol ini diharap dapat meringankan sebahagian daripada beban kos perjalanan rakyat yang merancang pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama-sama keluarga, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI membantu rakyat semua peringkat merentas kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya dalam satu kenyataan.
BACA JUGA Melayu tak perlu gusar, Wilayah Persekutuan di bawah PM