Kisah jual batu RM9.90 dan zakat Aliff Syukri RM2 juta

Oleh NUR QAMARDHIA AL EBENI

Buka TikTok ternampak siaran langsung usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ni dalam jam 8 pagi lebih, terus saya rakam.

Bukan main dia boleh jual batu macam tu saja. Kita pun macam kena pukau beli. Satu batu biasa ajaibnya dia promosikan sampai macam itu sekali. Tak masuk akal tapi tak sangka ratusan orang yang beli.

Harga dia jual RM9.90 untuk tiga biji. Batu saja pun yang dia jual. Aliff Syukri ni jual apa pun laku.

Kelmarin, dia jual pokok. Habis laku juga sampai isteri dia pening kepala sebab habis pokok dia kena tebang dan tinggal tanah saja di kawasan rumah.

Ya Allah, dia ni memang betul otak bisnes. Tak hairan dulu mak dia Bonda Rozita kata, berudu pun dia pernah jual masa kecil.

Tabik orang macam ni, dia macam ketagih menjual. Padahal, dia tak payah menjual pun tak mengapa sebab dah memang tahap jutawan.

Jual jeruk mangga kering sebelum ini pun laku sampai jadi fenomena. Itulah dia berkat beri zakat menerusi syarikat miliknya, D’Herbs Holdings Sdn Bhd kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) setiap tahun jutaan ringgit.

Tahun ini sampai RM2 juta sekaligus jadi penyumbang zakat perniagaan tertinggi. Masya-Allah.

Keberkatan

Sebab itu Allah bagi lebih dan ada keberkatan. Walaupun dia ada sedikit kontroversi sebab banyak buat marketing ‘sampah’ dulu tapi siapa kita untuk menghakimi.

Pengajaran daripada kisah Aliff Syukri ini adalah rezeki datang kepada orang yang tidak berhenti berusaha dan tidak memilih peluang.

Perkara kecil pun boleh jadi besar apabila dilakukan dengan konsisten. Selagi boleh usaha, dia usaha. Allah buka lebih banyak pintu apabila kita tidak memilih kerja.

Dan jangan pandang rendah benda kecil batu, pokok, jeruk, apa saja. Benda yang orang gelakkan, dia jadikan rezeki.

Pengajaran besar di sini jangan hina peluang kecil, sebab keberkatan selalu bermula dari yang kita anggap remeh.

Walaupun sudah kaya, dia tetap menjual sebab dia faham usaha itu kunci keberkatan. Dan apabila rezeki dijaga dengan zakat dan perkongsian, Allah tambah tanpa kita sangka.

Allah lihat niat, usaha dan apa yang dia pulangkan semula kepada masyarakat.

Moga satu hari nanti kita jadi pembayar zakat banyak macam Aliff Syukri juga. Sekarang pun Alhamdulillah dan berapa tahun bayar zakat.

Dulu 2012 hingga 2017 jadi penerima zakat sebab jadi asnaf mualaf dan fi sabilillah. Belajar sampai universiti semua kena tanggung MAIS dan zakat dulu.

Alhamdulillah, terima kasih warga Selangor.

@papalarisbyaa

Betul-betul @Aliff Syukri Kamarzaman jual batu 😭.. dengan kita-kita teracun terbeli.. #aliffsyukriterlajaklaris #shahidadherbs #papalarisbyaa #aliffsyukri

♬ original sound – PapaLaris by AA – PapaLaris by AA

BACA JUGA Mengapa ada pengetua, guru besar di Kelantan “habis ketar lutut”?