Menteri Indonesia minta maaf kepada Malaysia isu bantuan AS$60,000

Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian memohon maaf secara terbuka ekoran penolakan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat dan kerajaan Malaysia kepada mangsa bencana di Aceh.

Pemimpin berdarah Palembang-Jawa itu menegaskan beliau tidak berniat untuk merendahkan bantuan tersebut dan menganggap kenyataannya sebelum ini mungkin telah disalah faham.

Penjelasan Tito itu susulan kenyataan bekas Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Rais Yatim, yang menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan yang dianggap mengecilkan peranan bantuan Malaysia.

“Kenyataan saya mungkin telah disalah faham. Saya sama sekali tidak berniat untuk merendahkan bantuan atau sokongan daripada rakyat Malaysia untuk Aceh.

“Jika terdapat sebarang salah faham, saya memohon maaf,” katanya, dipetik Antara.

Tito berkata, kenyataannya sebelum ini tidak bermaksud untuk membandingkan atau merendahkan kepentingan bantuan asing, tetapi menekankan usaha besar kerajaan Indonesia sendiri dalam menangani bencana.

Antaranya, termasuk penghantaran ratusan tan beras, penggunaan helikopter, kapal dan pesawat, serta penyediaan dana segera bagi kawasan yang memerlukan.

“Banyak tindakan telah diambil sejak hari pertama, tetapi tidak semuanya dilaporkan oleh media,” katanya.

Pernah menjawat jawatan tertinggi di Polis Republik Indonesia, Tito berkata, dia menghargai bantuan dari luar negara, termasuk Malaysia.

Dalam masa sama, dia menegaskan sumbangan pegawai kerajaan, sukarelawan, serta penderma tempatan tidak seharusnya dipandang ringan.

Hubungan baik

Dalam masa sama, Tito turut menekankan komitmen Indonesia untuk mengekalkan hubungan baik dengan Malaysia.

Menurutnya, bantuan kemanusiaan dari Malaysia untuk Aceh dianggarkan bernilai sekitar AS$58,000 (RM235,699).

Jelasnya, hubungan baik dan kerjasama sudah terjalin lama antara Indonesia dan Malaysia, termasuk ketika kes letupan bom Bali dan semasa beliau menjawat jawatan Ketua Polis Negara.

Tambahnya, hubungan rapat juga telah terjalin dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan luahan rasa Rais Yatim yang berdukacita dengan reaksi Tito apabila menganggap bantuan AS$60,000 (kira-kira RM247,000) adalah sumbangan yang tidak berpatutan.

“Ini bukan berbudi bahasa sebenarnya. Apabila rakan atau pun jiran membantu waima banyak mana pun, jangankan sebut AS$60,000, kalua RM60 pun disumbang oleh seseorang harus berterima kasih.

“Jadi, dengan kenyataan umum yang dibuat kepada dunia menunjukkan bahawa Malaysia menyumbang sedikit dalam bentuk AS$60,000, menteri berkenaan harap bersekolah dulu dalam bentuk perkataan, komunikasi atau bahasa kepada jiran.

“Ini harus dipegang sebagai pedoman yang baik,” kata Rais yang pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen).

Beliau turut menceritakan sikap Presiden Soeharto dahulu yang sentiasa senyum dan mengucapkan terima kasih walaupun menerima bantuan yang sedikit.

@pojoksatu.id

Pernyataan Tito Disorot, Eks Menlu Malaysia Singgung Etika dan Tata Bicara Perlu Belajar Lagi Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian kembali menyinggung tragedi Tsunami Aceh saat menceritakan pengalamannya menerima bantuan obat-obatan dari pengusaha Malaysia. Dalam pernyataannya, Tito menyebut nilai bantuan tersebut tidak seberapa jika dibandingkan dengan kemampuan anggaran Indonesia yang jauh lebih besar dalam menangani bencana. Pernyataan ini menuai perhatian publik dan mendapat respons dari Malaysia. Tokoh senior Malaysia, Tan Sri Rais Yatim, menyampaikan kritik terbuka. Ia menegaskan bahwa dalam hubungan antarnegara bertetangga, nilai kemanusiaan, adab, dan niat baik jauh lebih penting daripada sekadar angka rupiah. Menurutnya, bantuan adalah bentuk simpati yang tidak pantas diukur hanya dari nominal semata. Isu ini pun memicu perbincangan hangat soal etika, empati, dan sensitivitas dalam menyampaikan refleksi atas bencana kemanusiaan.#pojoksatu #pojoksatuberita

♬ suara asli – Pojoksatu – Pojoksatu

BACA JUGA Jaga taikun atau 240,000 pesawah? Naikkan harga beras import macam Proton