MCA sasarkan jumlah kerusi yang ia menangi dalam pilihan raya umum 2018

MCA menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya tujuh kerusi parlimen di dalam PRU16, menurut setiausaha agungnya Chong Sin Woon.

Chong berkata partinya akan menyasarkan kawasan di mana ia mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, calon yang berwibawa dan jentera yang aktif.

Beliau mengesahkan MCA tidak akan menggunakan strategi bertanding di banyak kawasan dengan sumber terhad.

“Jika ada ruang untuk bertanding sendiri, kita akan bertanding di seberapa banyak kerusi tetapi kita perlu realistik dan menilai kekuatan sendiri, katanya, lapor Utusan Malaysia.

“Sekiranya boleh kembali dengan tujuh MP, ia akan menjadi permulaaan yang baik. Kita tidak menetapkan sasaran yang tidak realistik.”

MCA ketika ini mewakili Ayer Hitam dan Tanjung Piai susulan pilihan raya umum 2022.

Kali terakhir ia mempunyai tujuh kerusi ialah susulan pilihan raya umum 2018.

MCA ialah salah satu komponen BN.

BACA JUGA: Anak Bung Moktar penuhi syarat sebagai calon BN Kinabatangan