Enam negeri ini capai penggunaan 100 peratus SARA termasuk 4 negeri SG4

Sebanyak enam negeri dilaporkan telah menggunakan 100 peratus Sumbangan Asas Rahmah (Sara) berjumlah RM100 yang diberikan kerajaan.

Antaranya termasuklah di empat negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah daj Perlis.

Negeri lain yang turut merekodkan penggunaan penuh Sara adalah Pahang, Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perkembangan itu sekali gus mencerminkan tahap penerimaan dan keberkesanan inisiatif bantuan kerajaan tersebut kepada golongan sasar.

Pencapaian ini juga menunjukkan bantuan disalurkan di negeri berkenaan telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima yang layak.

Menurut Kosmo! Online, negeri lain dilaporkan masih belum mencapai tahap penggunaan 100 peratus Sara termasuk Sabah dan Sarawak.

Inisiatif Sara antara langkah kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.