Raja berperlembagaan di dalam kes Najib

OLEH: LIYANA MARZUKI

Sistem negara ini ialah sistem raja berperlembagaan. Bukan raja mutlak.

Maknanya, kuasa Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) terbatas kepada peruntukan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Ini yang YDPA Sultan Abdullah cuba sampaikan Februari lalu. Bagi mereka yang nak faham isu.

Baginda minta kita hormati undang-undang.

Hari ini, mahkamah dah putuskan, tiada tahanan rumah kerana Adendum yang dibuat tidak berpelembagaan.

Tetapi Ketua Pemuda Umno mengamuk dan dah hampir borderline menghina Mahkamah ya. Walhal YDPA dah pesan lama dah.

Saya hairan, yang buat keputusan itu Mahkamah. Tapi dia mengamuk marahkan Kerajaan semasa. Adakah dia fikir PM dan Kabinet sekarang boleh suruh, arah Mahkamah ikut cakap mereka?

If that’s the case. Kena ingat. DSNR dijatuhkan hukuman dan kena penjara ketika zaman Umno jadi PM ya. Zaman orang dia DS Ismail Sabri jadi orang nombor satu negara

Kalau masa Umno jadi PM pun depa tak buat apa nak selamatkan bekas PM kesayangan mereka.

Kenapa bila orang lain jadi PM mereka menyerang pula?

Musykil hamba.