Bersatu diingatkan, MB Perlis tu besan Presiden Pas
Tindakan sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Perlis menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli dilihat memberi kesan besar.
Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim mengingatkan bahawa Shukri merupakan besan Presiden Pas.
Oleh itu, jelasnya, sebarang usaha menjatuhkan Menteri Besar Perlis berkenaan berpotensi menjejaskan hubungan Pas dan Bersatu di peringkat nasional.
“Jangan lupa, Menteri Besar Perlis tu besan Presiden Pas.
“Bersatu jatuhkan MB Perlis bermaksud jatuhkan besan Presiden Pas.
Terdahulu, lapan ADUN PN Perlis dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Mohd Shukri sekali gus mencetuskan ketidakstabilan kerajaan di negeri itu.
Tindakan itu dikatakan dibuat melalui akuan bersumpah (Statutory Declaration, SD) yang telah dikemukakan kepada pihak istana.
Mengulas lanjut, Yusri berkata, dalam keadaan hubungan Pas-Bersatu seperti retak menanti belah, tambah Yusri, perceraian di Perlis boleh mengundang cerai pada skala mega.
“Cerai Pas-Bersatu,” tambah pensyarah Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) lagi.
Semakan mendapati salah seorang anak Mohd Shukri yang bernama Syafeeq ialah menantu kepada Abdul Hadi.
Syafeeq berkahwin dengan Ummu Kalthom, yang merupakan anak kepada Abdul Hadi.
BACA JUGA Kerajaan Perlis pimpinan Shukri Ramli tumbang?