Krisis kepimpinan Perlis: Saya tak tau apa berlaku..
Pengerusi Perikatan Nasional Perlis Datuk Seri Shahidan Kasim mengakui bahawa pihaknya tidak mengetahui perkembangan politik yang menyaksikan lapan ADUN Perlis tidak menyokong Menteri Besar Shukri Ramli.
“Siapa nak maklum pada saya. Ini bukan Pakatan. Siapa nak maklum saya?Setiausaha PN tak tahu. Setiausaha perhubungan tak dapat maklumat. Yang dengar, sosial media,” kata Shahidan yang juga adalah Ahli Parlimen Arau.
“Yang timbulkan polemik ialah bila pesuruhjaya keluarkan kenyataan sokong MB,” katanya merujuk kepada Ahmad Ali.
“Sebagai PN, saya sokong apa saja keputusan yang diputuskan pusat.”
Ahmad Ali telah menggantikan Shukri dalam kepimpinan Pas Perlis.
ADUN dari Bersatu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Marzita Mansor (Sena) telah menyerahkan akuan bersumpah tidak lagi menyokong Shukri.
Tiga ADUN Pas juga berbuat demikian iaitu Saad Seman (Chuping) Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji).
Begitu juga dengan Gan Ay Ling, satu-satunya ADUN PH di Perlis.
BACA JUGA: Kerajaan Perlis pimpinan Shukri Ramli tumbang?