MB Perlis dah keluar hospital lepas terima rawatan sakit dada

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara kelmarin telah pun dibenarkan keluar petang semalam.

Beliau dimasukkan ke hospital akibat sakit dada sejurus pulang daripada urusan luar negara.

Dalam satu hantaran di Facebook, Mohd Shukri berkata beliau sudah pun dibenarkan keluar dari hospital dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah. Saya selamat discharge.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Mudahan kita semua dikurniakan kerahmatan oleh Allah,” katanya.

Sementara itu, Pas dijangka mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan kemelut kepemimpinan Menteri Besar Perlis yang didakwa hilang sokongan majoriti mudah selepas lapan ADUN Perikatan Nasional (PN) mengemukakan akuan berkanun (SD) yang menarik sokongan terhadap terhadap Mohd. Shukri

BACA JUGA Krisis kepimpinan Perlis: Saya tak tau apa berlaku..