Thunberg ditahan polis UK kerana sokong protes pro-Palestin

Aktivis iklim terkemuka Greta Thunberg yang turut terlibat dalam Sumud Flotila ke Gaza telah ditahan oleh polis di London.

Thunberg,22, menyertai demonstrasi pro-Palestin.

Beliau ialah individu profil tertinggi yang telah ditahan oleh polis United Kingdom sejak UK mengharamkan kumpulan Palestine Action berdasarkan undang-undang anti – keganasan.

Thunberg ditahan di bawa Akta Pengganasan di protes anjuran Prisoners for Palestine.

Menurut polis tiga orang ditahan kerana disyaki melakukan kerosakan jenayah di daerah kewangan utama.

Berkenaan Thunberg pula, beliau ditahan kerana menyatakan sokongan kepada pertubuhan yang terlarang di bawah seksyen 13 Akta Pengganasan.

Palestine Action diharamkan dalam bulan Julai setelah aktivisnya memecah masuk pangkalan tentera Udara dan menyebabkan kerosakan bernilai tujuh juta pound sterling.

Sebelum ini Thunberg pernah mengetuai kumpulan sukarelawan untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza.

Pihak Israel tidak membuat sebarang dakwaan terhadapnya dan telah menghantarnya ke salah sebuah negara di Eropah.