‘Tiada faedah jadi pembangkang walau satu sen pun’

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menegaskan bahawa tiada sebarang faedah untuk UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang.

Menurutnya, walaupun UMNO menarik sokongan, Kerajaan Perpaduan masih memiliki majoriti selesa di Parlimen untuk terus mentadbir negara.

“Kalau kita keluar (dari Kerajaan Perpaduan) pun, 153 (kerusi Parlimen) tolak 30, (tinggal) 123 (kerusi Parlimen).

“Kerajaan ini masih berdiri dan kita jadi pembangkang,” katanya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO itu mempersoalkan rasional langkah tersebut dengan menyifatkan kedudukan sebagai pembangkang tidak membawa sebarang manfaat kepada parti mahupun rakyat.

“Apa punya faedah nak jadi pembangkang ni? Cuba beritahu saya faedah jadi pembangkang,” tempelaknya.

Beliau menegaskan, menjadi pembangkang bukan sahaja gagal memberi kelebihan politik, malah tidak menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

“Tiada faedah jadi pembangkang walau satu sen pun,” tegas Ahmad lagi.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa parti itu lebih baik menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan.

“Biar kita jadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina puak-puak ini!” katanya.

Penegasan Akmal itu susulan hantaran Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin yang dilihat seperti meraikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

@nasirseligi75

Sia² saja penyokong Najib dan ahli UMNO MELALAK, pemimpin UMNO tak sanggup HILANG JAWATAN 😭

♬ bunyi asal – Nasir Seligi – Nasir Seligi

BACA JUGA Harga durian kita jatuh merudum, salah siapa…