Pemerkasaan ilmu, kemahiran dan kepimpinan kunci masa depan belia – Dr. Abdul Basir

FOTO BERITA: Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Belia Madani oleh Y.Bhg Dr. Abdul Basir V.Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP di Masjid Jamek Kampong Bharu Kuala Lumpur. 24hb Disember 2025 (Rabu)

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penganjuran Program Pemerkasaan Belia MADANI 2025, yang berlangsung selama dua hari dan melabuhkan tirainya hari ini menerusi Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP.

Program ini telah menghimpunkan seramai 60 orang belia berumur antara 12 hingga 17 tahun, termasuk empat orang peserta Orang Kurang Upaya (OKU). Penyertaan ini mencerminkan komitmen YWP dalam menjunjung prinsip keterangkuman dan kesaksamaan peluang, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sepanjang pelaksanaan program, para peserta telah didedahkan kepada empat bengkel utama yang dirangka khusus bagi membangunkan potensi belia secara menyeluruh, iaitu Pengenalan Asas Teknologi Maklumat (AI & Canva), Bengkel Keusahawanan, Bengkel Kemahiran Efektif, serta Bengkel Pemimpin Muda. Kesemua bengkel ini memberi fokus kepada pembinaan kemahiran digital, pemikiran keusahawanan, komunikasi berkesan, kerja berpasukan, kepimpinan dan pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dunia yang semakin kompetitif dan berasaskan teknologi.

Program ini turut mendapat sokongan padu daripada penceramah dan fasilitator berpengalaman, antaranya YBrs. Tuan Mohammad Yassir bin Hamidun, Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkap Certified Canva; YBrs. Tuan Zulkifly Mohd Yunus, Pegawai Pentadbir Bahagian Khidmat Pengurusan Istana Negara merangkap Certified Trainer; serta YBrs. Tuan Mohamad Afiq bin Mohd Kamal dari Persatuan Tunas Usahawan Nasional.

Menurut Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed menegaskan kepentingan usaha berterusan dalam memperkasa belia secara holistik merangkumi aspek ilmu pengetahuan, kemahiran, kepimpinan dan pembentukan jati diri, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Belia MADANI yang berlangsung di Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur hari ini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Masjid Jamek Kampong Bharu, Tuan Mohamad Syamim bin Mohd Hussin, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Komunikasi Korporat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Tuan Shahrul Ezad bin Samsudin, para penceramah dan fasilitator, pegawai-pegawai YWP, wakil agensi berkaitan, media serta para peserta program.

Dr. Abdul Basir memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kejayaan pelaksanaan program yang berlangsung selama dua hari dan melibatkan 60 orang belia berumur antara 12 hingga 17 tahun dari Kampong Bharu dan kawasan sekitarnya. Lebih membanggakan, program ini turut disertai oleh empat orang peserta daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), sekali gus mencerminkan komitmen YWP terhadap prinsip keterangkuman dan kesaksamaan peluang.

Menurut beliau, sepanjang program, para peserta telah mengikuti empat bengkel utama yang dirangka secara interaktif dan berfokus, meliputi Pengenalan Asas Teknologi Maklumat melalui AI dan Canva, Bengkel Keusahawanan, Bengkel Kemahiran Efektif serta Bengkel Pemimpin Muda. Bengkel-bengkel ini memberi pendedahan awal kepada belia dalam kemahiran digital, pemikiran keusahawanan, komunikasi berkesan, kerja berpasukan serta pembangunan kepimpinan dan sahsiah diri.

“Pendekatan ini amat bertepatan dengan keperluan belia masa kini yang berdepan dengan dunia yang semakin kompetitif dan berasaskan teknologi. Ia bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah membentuk pemikiran yang lebih positif, matang dan berdaya maju,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan penceramah dan fasilitator berpengalaman yang telah menjayakan program ini, antaranya YBrs. Mohammad Yassir bin Hamidun dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs. Tuan Zulkifly Mohd Yunus dari Istana Negara serta YBrs. Tuan Mohamad Afiq bin Mohd Kamal dari Persatuan Tunas Usahawan Nasional.

Dr. Abdul Basir menyatakan keyakinan bahawa ilmu, pengalaman dan nilai murni yang dikongsikan oleh para penceramah akan menjadi bekalan penting kepada para peserta dalam membina masa depan yang lebih cerah, sama ada dalam bidang pendidikan, kepimpinan mahupun pembangunan diri.

Dalam pada itu, beliau berharap agar inisiatif seumpama Program Pemerkasaan Belia MADANI dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa hadapan sebagai platform utama dalam melahirkan belia yang berkeyakinan, berdaya tahan dan bersedia memikul peranan sebagai pemimpin masa hadapan negara.

Mengakhiri ucapannya, Dr. Abdul Basir berpesan kepada para belia agar terus berusaha memperbaiki diri, yakin dengan potensi yang dimiliki dan tidak pernah berhenti menimba ilmu, kerana belia hari ini merupakan pemimpin masa hadapan yang akan menentukan hala tuju negara.

Secara keseluruhannya, Program Pemerkasaan Belia MADANI 2025 telah berjaya menjadi platform penting dalam membentuk belia yang lebih berkeyakinan, berdaya saing dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan negara.

YWP turut merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua rakan strategik yang telah menjayakan program ini, khususnya Masjid Jamek Kampong Bharu, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas kerjasama dan sokongan berterusan.

Secara keseluruhannya, Program Pemerkasaan Belia MADANI 2025 telah berjaya menjadi platform penting dalam membentuk belia yang lebih berkeyakinan, berdaya saing dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan negara.