Tragisnya kejatuhan MB Pas, mana taknya ‘hero’ menunggu sejak 2008
Oleh ROSLY YUSOF
Kalau perhatikan dari awal kisah bekas Menteri Besar Perlis ini sebenarnya kesemua ADUN Pas dan Bersatu tidak mahu dia.
Jika dibuat undi, saya rasa dia hanya akan dapat satu undi sahaja iaitu dari Adun Pakatan Harapan (PH).
Cumanya lima ADUN Pas lagi itu tidak seberani seperti tiga ADUN yang menyatakan secara terang menolak beliau sebagai Menteri Besar kerana takut dikafirkan oleh penyokong parti.

Namun, sinopsis kisah tragedi yang menimpa Cikgu Shukri ini sudah cukup untuk dikatakan bahawa ianya didalangi oleh seseorang yang cukup pakar dalam politik Perlis.
Bayangkanlah seorang ketua kerajaan dimalukan apabila kalah undian mempertahankan jawatan Yang Dipertua Pas kawasan dengan majoriti yang cukup banyak.
Kalah lagi
Shukri kemudian kalah lagi di peringkat Pusat setelah gagal mempertahankan jawatan AJK Pas Pusat, seterusnya diperhinakan lagi dengan mengantikan jawatan Pesuruhjaya Pas Perlis kepada seorang yang bukan dari kalangan Adun Pas Perlis.
Tidak cukup dengan itu sekali lagi dimalukan apabila jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dilucutkan dan digantikan dengan hero sebenar di sebalik semua tragedi ini berlaku.
Hari ini akhirnya beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai seorang Menteri Besar dengan cukup terhina.
Dengan adanya PRK nanti maka hasrat dan impian hero di sebalik cerita ini sejak 2008 pasti akan menjadi kenyataan.
Ia bakal tercapai walaupun dengan cara yang sangat keji, menjatuhkan seorang tokoh Pas yang sekian lama bersusah payah.
Beliau menghadapi pelbagai rintangan ketika menjawat jawatan sebagai seorang guru pada zaman hero baru Pas menjadi Menteri Besar Perlis.
BACA JUGA Mohd Shukri akhirnya letak jawatan MB Perlis