Hakim perlu lebih masa, keputusan kes 1MDB Najib ditangguh ke 3 petang
Keputusan sama ada Datuk Seri Najib Razak dibebaskan atau disabitkan bersalah dalam pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan ditangguh pada jam 3 petang ini.
Ia selepas Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang telah membacakan penghakimannya selama lebih dua jam, menyatakan bahawa beliau memerlukan masa tambahan untuk berbincang.
Sequerah berkata beliau memerlukan sekurang-kurangnya satu setengah jam lagi untuk menghabiskan bacaan penghakimannya yang panjang lebar.
“Kami akan menangguhkan perbicaraan pada jam 12.15 tengah hari dan bersambung pada jam 3 petang,” katanya memetik NST.
Najib, 72, didakwa pada 2018 atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
Bekas perdana menteri itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014
BACA JUGA 1MDB: Tujuh tahun turun naik mahkamah, hari ini penentuan nasib Najib