Ini dia hukuman Najib dalam kes 1MDB
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman 165 tahun dan denda RM11.4 billion setelah menyabitkan mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap 25 tuduhan.
Bagaimanapun Najib akan dipenjarakan selama 15 tahun selepas tempoh pemenjaraan dalam kes SRC International tamat.
Tempoh 15 tahun ini adalah kerana pemenjaraan dibuat secara bersekali.
Sekiranya gagal membayar denda Najib akan berdepan tambahan tempoh penjara selama 40 tahun.
Beliau telah disabitkan terhadap empat tuduhan salahguna kuasa dan 21 sabitan terhadap kes penggubahan dana RM2.3 billion daripada 1MDB.
BACA JUGA: Ini hukuman yang dimohon oleh pasukan pendakwaraya dalam kes membabitkan Najib