Ini hukuman yang dimohon oleh pasukan pendakwaraya dalam kes membabitkan Najib
Pasukan pendakwa raya dalam kes perbicaraan 1MDB mahu mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman maksima 20 tahun untuk tuduhan salah guna kuasa.
Timbalan Pendakwaraya Ahmad Akram Gharib berhujah bahawa hukuman tersebut dimulakan apabila Najib menamatkan hukuman yang dijalaninya dalam kes SRC International.
Beliau turut memohon mahkamah memberikan denda RM11.4 bilion, bersamaan lima kali ganda jumlah dana lesap.
Lembaga Pengampunan telah memendekkan tempoh penjara Najib dari 12 ke 6 tahun dalam kes SRC International. Beliau telah dijadualkan keluar penjara dalam tiga tahun.
Terdahulu Mahkamah Tinggi mendapati menyabitkan kesalahan Najib berkaitan 25 tuduhan iaitu empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan penggubahan wang haram yang melibatkan RM2.28 billion dana 1MDB.
Untuk 21 kes penggubahan wang haram, pasukan pendakwaraya telah memohon tempoh penjara kurang daripada 15 tahun.