Kes 1MDB: Najib bersalah
Mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas tuduhan pecah Amanah jenayah yang dikaitkan dengan 1MDB.
Ia melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.3 billion.
Hakim perbicaraan Datuk Collin Lawrence Sequerah mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Najib melampaui keraguan munasabah.
“Oleh itu, saya mensabitkan tertuduh atas pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM,” katanya.
Seksyen 23 Akta SPRM berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk memperoleh suapan (salah guna kuasa).
Najib telah menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1mdb untuk mendapatkan faedah kewangan berjumlah RM2.3 billion menerusi empat fasa dalam skim 1MDB.