MB baharu Perlis bakal diketahui tengah hari ini

Menteri Besar Perlis yang baharu bakal diketahui tengah hari ini sempena istiadat angkat sumpah jawatan tersebut.

Istiadat tersebut akan diadakan di Istana Arau, dengan Menteri Besar baharu dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Beberapa nama disebut-sebut berpotensi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis ke-12.

Antaranya, adalah Exco Kanan, Muhammad Azmir Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Santan.

Selain itu, ADUN Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah berdasarkan prestasi cemerlang sebagai Exco kerajaan negeri sebelum ini.

BACA JUGA Buang sampah di tempat awam? Bersedia hadapi hukuman ini mulai 2026