Kawan makan kawan: Masalah kawan atau masalah Pas?
Oleh AHMAD MURSI
Jika jadi Pas ceraikan Bersatu, rasmilah fakta bahawa tiada satu pun parti di Malaysia pernah kekal berkawan dengan Pas.
Dalam tempoh hanya 10 tahun, empat pakatan politik Pas. Jadi, siapa sebenarnya bermasalah? Sudah tentulah Pas.
Apabila semua kawan akhirnya putus hubungan – UMNO, PKR, Bersatu, DAP, Gerakan, MCA, MIC, Parti Sabah & Sarawak – secara logik, boleh ke kita kata semua parti salah kecuali Pas? Tak boleh.
Analoginya: dalam hidup kita, kalau seorang dua kawan bergaduh dengan kita, mungkin kawan yang bermasalah. Tapi kalau semua bergaduh dengan kita, apa maknanya? Kau tu yang bermasalah.
Puncanya, Pas anggap mereka lebih suci dari parti lain, hanya Pas itu Islam, parti lain tak Islam.
Apabila timbul konflik, Pas akan kata, kehendak mereka itulah kehendak Tuhan, parti lain lawan kehendak Tuhan. Itu membunuh ruang penyelesaian konflik.
Pas selalu kata, parti lain ceroboh prinsip Islam Pas.
Masalahnya, Pas paksa orang lain sentiasa setuju dengan ‘ijtihad’ sempit pemimpin Pas yang mereka anggap itu prinsip qat’ie dalam Islam. Padahal, banyak hal itu ada ruang ijtihad yang luas.
Tak sangka terlalu sekejap Allah nak tunjuk kesan ‘boomerang’ Qunut Nazilah Ahli Parlimen Jasin tempoh hari. Yang didoa supaya Madani bercerai-berai, akhirnya PN yang bercerai-berai.
Yang sebenarnya, Pas kini tengah mencari parti sekutu yang boleh bagi RM43 juta untuk pertahan 43 kerusi Pas seperti diisyaratkan oleh Sanusi untuk PRU16.
Kerana Pas tahu, Bersatu yang dulu mendanai Pas kini sudah pokai. Maka UMNO lah mangsa lain yang Pas anggap mudah.
Jadi, kalau Pas cuba nak tunjuk kononnya mereka yang jadi mangsa apabila bercerai, ketahuilah bahawa mereka sebenarnya punca masalah.
BACA JUGA Lafaz baiah Pas: Mufti Perlis dicabar tunjukkan perkara ‘memalukan’