Media Indonesia heboh ringgit berprestasi terbaik tahun ini
Media Indonesia dilihat heboh dengan prestasi luar biasa Ringgit Malaysia (MYR) yang menunjukkan pengukuhan ketara berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) sepanjang tahun ini.
Pergerakan ringgit yang kuat terhadap dolar AS bukan sahaja menjadi tajuk utama media Indonesia, tetapi juga mencerminkan dinamika pasaran kewangan global.
Prestasi ringgit yang semakin kukuh berlaku susulan kelemahan dolar AS di pasaran global, dengan pelabur semakin mengurangkan pegangan terhadap mata wang AS dan beralih kepada mata wang pasaran membangun termasuk ringgit.
Analisis Nusantara TV menyatakan bahawa Ringgit Malaysia tampil sebagai mata wang terkuat di Asia sepanjang 2025.

“Jika di awal tahun, ringgit berada pada 4.46 dan terus meningkat kukuh kepada 4.04 pada 25 Disember berbanding dolar AS.
“Secara akumulatif, ringgit mengalami penguatan sebesar 9.51 peratus menjadikannya paling perkasa di Asia,” kata penyampai stesen TV itu.
Semalam, ringgit meneruskan momentum pengukuhan apabila meningkat kepada 4.0425/0540 berbanding dolar AS.
Menurut data pasaran terkini, ringgit telah mencatatkan paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS, dengan pertukaran sekitar RM4.04 bagi setiap USD1 yang merupakan paras tidak dilihat sejak 2021.
Pergerakan tersebut disambut baik oleh pelabur dan peniaga import kerana memberi kelegaan kos pembelian barangan luar negara.
Dalam masa sama, ia sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada pengeluar eksport apabila barangan tempatan menjadi lebih mahal di pasaran luar.
Penganalisis ekonomi menjelaskan bahawa ringgit bukan sahaja menguat berbanding dolar AS, malah menonjol sebagai salah satu mata wang Asia yang berprestasi terbaik tahun ini.
Walau bagaimanapun, penganalisis turut memberi amaran bahawa kestabilan ringgit itu mungkin bersifat sementara jika dasar monetari di Am berubah secara drastik atau risiko geopolitik global meningkat.
BACA JUGA Hanya Adun Bersatu dalam Exco Perlis