PM tak akan tunduk dengan ugutan, perangi rasuah hingga ke akar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara jelas berkata, beliau tidak akan bertolak ansur atau tunduk dengan sebarang ugutan dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.
Tidak kira sama ada anggota pentadbiran pejabat beliau sendiri mahupun rakan parti komponen, langkah tegas tetap diambil bagi menyelamatkan negara.
“Kita tidak akan bertolak ansur atau tunduk dengan sebarang ugutan, malah akan bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang masih terpalit dengan saki-baki budaya rasuah di negara ini.
“Langkah telah diambil melibatkan anggota pentadbiran, pejabat saya, rakan parti komponen, pembangkang, pimpinan angkatan tentera dan penjawat awam.
“Semua ini bagi memastikan negara diselamatkan, dana awam digunakan dengan wajar, dan nasib rakyat jelata dibela,” katanya hari ini.
BACA JUGA Media Indonesia heboh ringgit berprestasi terbaik tahun ini