Islam versi Pas ‘berjaya’, Tok Guru dah tak boleh dipimpin lagi

Oleh AHMAD SAYUTI BASHIRON

“Islam” (versi dia) wajib memimpin katanya…

Buat yang tidak tahu…

Antara #indoktrinasi paling sesat ditebar dalam usrah-usrah penganut Pas adalah kalimah الإسلام هو الحل “Islam adalah penyelesaian pada semua perkara”.

Asalkan bagi pada “Islam” kuasa perintah, semua masalah pastinakan selesai. Itu terma kefahaman penganut Pas.

Itulah kalimah diulang-ulang oleh naqib pada penganut Pas sejak mula kenal usrah, dalam negara, luar negara, di Mesir, di mana saja, tanpa mereka kenal atau mampu berhujah secara praktikal dalam memahami aplikasi sebenar dakwah yang berlaku.

Kenapa saya kata sesat?

Sebab mereka menunggang kalimah yang dipelopori oleh As-Syahid Hasan alBanna itu mengikut kepentingan dan selera politik semata-mata.

Hakikatnya, Pas sebagai sebuah parti politik yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sanggup menyempitkan erti Islam itu semata-mata dalam kerangka fahaman kepartian parti mereka sahaja.

Kekuasaan politik

Pas tidak merujuk jalan penyelesaian itu pada ajaran Islam yang sebenar.

Perjuangan mereka hanya untuk tujuan kekuasaan politik – sama seperti MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain.

Bezanya Pas tunggang agama untuk menyebarkan fahaman mereka itu. Parti lain itu menggunakan bangsa untuk kutip undi.

Sekarang, nah, tercapailah. Maqbul. Akhirnya segala penat lelah, niat kamu berjuang mahu jadi ketua pelbagai parti, tatkala Mahiadin dah letak jawatan. Maka tak lain, kamu naiklah ke atas.

Pakat bersorakan gempitalah penganut Haji Hadi dengan matlamat perjuangan yang sudah berjaya ini. Dah lama usaha, semalam baru berjaya.

Untung sungguh. Lama dah Haji Abdul Hadi Awang dok ratib, “Islam” wajib memimpin, bukan Islam dipimpin. Maka ambillah segalanya hari ini. Bergembiralah.

Nah, jadilah ketua. Kamu sudah tidak perlu lagi dipimpin ke sana-sini. “Islam” (versi kamu) mesti memimpin, ‘kan. Bukan “Islam” dipimpin.

Perkara itulah yang kamu dok ratib zaman Barisan Alternatif (BA), zaman PR dan zaman PN kamu.

Kamu kata hanya kamulah yang paling layak memimpin. Puak lain yang tidak bergelar Islam pada nama itu, haram memimpin.

Sekarang, kamu sudah dapat segala yang kamu perjuangkan.

Berbanggalah…

Berjalanlah laju wahai Tok Guru, kamu dah tak boleh dipimpin lagi…

BACA JUGA Gelar anjing khadam syaitan dibimbangi tanda kegelinciran alim