Lantik Hamzah sebagai pengerusi PN, jangan gopoh
Seorang bekas menteri yang kini aktif di dalam rancangan audio siar, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Pas tidak gopoh mengambil alih tampuk kepimpinan Perikatan Nasional.
Mereka sepatutnya membenarkan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengambil alih kedudukan Tan Sri Mahiaddin Yassin sekiranya mahu PN mempunyai peluang realistik,” katanya dalam satu hantaran Facebook.
Antara tokoh Pas yang disebut akan mengambil alih PN ialah presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dan juga pengarah strateginya. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menurut Zaid, Pas dikekang oleh beberapa faktor.
“Kebanyakan pengundi tidak pasti sama ada kepimpinan Pas boleh mengemudi masyarakat pelbagai kaum dengan baik. Ramai yang menyoal pengalaman Pas dalam menguruskan system kerajaan pusat.
“Sistem Islam yang mereka tawarkan juga masih kabur.”
Hamzah sebaliknya mempunyai pengalaman dan mampu berhadapan dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Anwar Ibrahm, katanya.
“Mereka berdua berasal dari Umno, memahami politik rundingan dan kompromi.”
“Pemimpin Pas tidak mempunyai pengalaman yang luas. Ini tidak termasuk pengaruh Hamzah ke atas pengundi bukan Melayu di kawasan bandar berbanding dengan Pas.
Zaid turut berkata pelantikan Hamzah juga boleh membaiki hubungan Bersatu – Pas yang kini bagaikan retak menanti belah.
Sebelum ini pengerusi Urimai P Ramasamy turut berhujah berkenaan ketidaksesuaian Pas mengemudi PN.
BACA JUGA: Pas nafi suka ‘berpoligami politik’, salahkan parti lain punca gabungan gagal