Pengoptimum enjin carian (SEO) hina Hindu, polis

Seorang individu yang menggelarkan dirinya pengoptimum enjin carian (SEO) dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang itu didapati menggunakan platform media sosial secara tidak bertanggungjawab dengan memaparkan tulisan yang menghina agama Hindu dan pegawai polis.

Hasil maklumat yang diterima Harapan Daily, Mohd Elfie Nieshaem Juferi atau singkatannya MENJ yang beralamat di Cheras, Kuala Lumpur menggunakan platform Medium.com untuk melakukan penghinaan terhadap agama Hindu dan penganut agama itu.

Tulisan bertajuk “MENJ Kena Tangkap?” bertarikh 12 April 2021 adalah berkaitan serbuan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) ke rumah lelaki itu pada 17 September 2020 berkaitan pornografi kanak-kanak. Serbuan itu diketuai DSP Noorhamasiren binti Boonthnam Ekkasook.

Semakan Harapan Daily dengan IPD Kajang mendapati siasatan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 sudah selesai pada 19 Mei 2021 dan tiada sebarang siasatan lanjut terhadap Mohd Elfie.

Bagaimanapun, dalam tulisan bertajuk “Betina Siam: DSP Noor Hamasiren Binti Boonthnam Ekkasook” pada 13 Februari 2024, Mohd Elfie secara jelas mengaitkan pegawai polis itu dengan kes tahun 2020 dan menggelarnya sebagai “gila pangkat” dan “gila kuasa” selain menggunakan kata-kata carutan berbaur penghinaan.

Turut dipaparkan foto yang dipercayai tayangan video rasmi polis semasa serbuan pada 17 September 2020 dan seseorang menunjukkan jari tengah di hadapan skrin dengan catatan “Betina Siam”.

Beberapa pengguna media sosial yang melihat paparan itu tertanya-tanya kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas Mohd Elfie.

Tulisan individu sama di Medium.com pada 12 April 2021 juga berkaitan kes serbuan polis ke rumahnya tetapi pada kali ini menumpukan kepada masyarakat awam yang dilabelnya sebagai “pukimak anak haram jadah”.

Mohd Elfie secara khusus menghina agama Hindu dan penganutnya:

“keling paria mabuk minum todi shitheads who think that screaming ‘vel, vel, vel’ while bowing down to a wooden elephant idol makes them the chosen people of the world. Not only are they stupid people, but they have a stupid religion as well, coming from the lowest pf the low caste in their homeland. That is the kind of lowborn people who boast about their black beautiful skin. You can go fuck yourself and pergi balik India, you India paria.”

Beberapa pembaca Harapan Daily yang terbaca kedua-dua tulisan Mohd Elfie di Medium.com tertanya-tanya mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman tidak mengambil sebarang tindakan.

“Apa yang ditulis oleh MENJ (Mohd Elfie) secara terang-terangan menghina agama Hindu, menghina peganut Hindu dan juga menghina seorang pegawai tinggi PDRM,” kata seorang pembaca Harapan Daily yang tidak mahu namanya disiarkan.

“Kalau orang lain tulis apa-apa berkaitan agama Islam, tentu tindakan sudah diambil. Adalah kerana MENJ adalah orang Islam yang menghina agama Hindu, maka tidak ada apa-apa tindakan?” tanya seorang lagi pembaca yang menghubungi Harapan Daily.

Semakan Harapan Daily mendapati, Mohd Elfie turut menulis tentang DSP Noorhamasiren di platform Gaming Tribe pada 13 Mei 2024 dengan tajuk “Polis D11 PDRM itu adalah babi pukimak anak haram jadah!”. Katanya:

“DSP Norhamasiren is a betina Siam jalang sial anak luar nikah mak kau hijau kena tutuh konek Siam tak bersunat! Pukimak betina Siam, harap kau mampus cepat! Laknatullah Siren Boonthnam Ekkasook anak babi!”