Mengapa Umno tak dapat bergerak tanpa Najib, menurut Rafizi
Umno tidak dapat bergerak tanpa sosok Datuk Seri Najib Razak kerana parti tersebut menggunakan hipotesis yang salah, kata Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli.
“Tiada seorang pun pemimpin Umno didik dan didewasakan ada keberanian itu. Shahril Hamdan pernah kata Umno tak pandai baca data berbanding PKR,” kata Rafizi
Beliau berkata demikian dalam sesi audiosiar Yang Berhenti Menteri bertajuk “1MDB Parut Negara, Umno Retak dan PN Bergoncang” malam tadi.
“Hipotesisnya ialah Najib sangat popular dengan rakyat dan isu 1MDB ialah satu fitnah dan kalau Najib ada ia akan membawa kemenangan kepada Umno.”
Walau bagaimanapun hipotesis tersebut tidak disokong oleh data dan keputusan pilihan raya turut membuktikannya, dakwa Rafizi.
Keputusan pilihan raya dalam pilihan raya pada tahun 2018 dan 2022 turut dipengaruhi faktor Najib dan skandal 1MDB, katanya.
“Tidak akan ada pimpinan Umno yang berani sebut begitu sedangkan tanpa data pun, Umno kalah dua kali berturut-turut dan kekalahan terbesar Umno 2022 juga berkaitan dengan 1MDB. Kali pertama 2018 1MDB dan Najib.
“Sebenarnya its common sense tapi tidak ada yang berani angkat tangan jadi Hang Nadim dan kata untuk selamatkan Umno we have to severe from Datuk Seri Najib and clean up our party.
“Unless and until Umno ada pimpinan kanan yang berjaya yakinkan itu yg sepatutnya berlaku, kita makan popcorn.”
BACA JUGA: Pas punca perpecahan gabungan, sejarah wajar jadi iktibar