Misteri calon pengerusi PN bagaikan Akademi Fantasia

Setiausaha agung AMANAH Faiz Fadzil menyifatkan teka-teki kepada soalan siapa yang akan menjadi pengerusi Perikatan Nasional bagaikan progeam reality Akademi Fantasia meskipun Pas mempunyai ramai calon.

“Polemik perpecahan PN semakin meruncing apabila Pas masih berteka-teki siapakah calon Pengerusi PN menggantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin.

“Teka-teki ini ibarat program realiti tv ‘Akedemi Fantasia’ yang dahulunya ditunggu-tunggu penonton setiap minggu untuk melihat siapa bakal terkeluar. Sedangkan, dalam keadaan bıasa, Presıden parti yang akan mengetuai sesuatu pakatan dan seterusnya dinamakan calon Perdana Menterı (PM). Ini menunjukkan betapa lemahnya Pas.

“Walaupun begitu ramaı calon yang boleh menjadi PM sehingga ‘4 lori’ sepertimana madah Mursyidul Am Pas 3 bulan yang lalu, tetapi sampai sekarang, Pas masih tercari-cari di dalam kegelapan. Namun, hakikatnya, PAS hanyalah jaguh kampung yang dilihat hebat dalam parti sendiri sahaja, tetapi gagal untuk memimpin sebuah pakatan, apatah lagi untuk diangkat sebagai calon PM.

Faiz menambah bahawa pemilihan calon pengerusi PN selain daripada presiden Pas Tan Sri Hadi Awang akan menyumbang kepada ketidakstabilan.

Ia akan menyerupai keadaan semasa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi PM walaupun beliau hanya naib pengerusi Umno ketika itu.

“Dalam struktur pentadbiran negara, adalah penting ketua parti mengetuai sesuatu pakatan dan kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik. Contoh mudah, ketika Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai PM pada ketika beliau bukanlah seorang Presiden parti dan Presiden parti pada ketika itu tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan, kerajaan pimpinan beliau rapuh dan tidak stabil.

“Namun, jika dilihat kepada kerajaan Perpaduan sekarang, ia jauh lebih stabil apabila Presiden Umno sendiri iaitu Dato’ Seri Zahid Hamidi terlibat dalam jemaah menteri sebagai TPM. Oleh itu, kegagalan Pas untuk menamakan Presiden Pas sebagai Pengerusi PN akan menyebabkan ketidakstabilan PN, dan ia bukan petunjuk baik untuk dipilih sebagai kerajaan dalam pilihanraya umum nanti.

“Saya sangat menghormati Presiden Pas dan sehingga sekarang saya tidak nampak potensi lain untuk menjadi Presiden Pas. Ini adalah kerana Pas mendakwa perjuangan meraka adalah menegakkan Islam, maka kepimpinan ulama perlu diteruskan.

“Tetapi, Pas tiada tokoh ulama sehebat Tan Sri Abdul Hadi Awang. Walaupun pindaan Akta 355 sudah dilupakan PAS, namun ia idea beliau yang dilihat mencerminkan perjuangan Islam.

“Apabila Pas meminggirkan Presiden bertaraf ulama ini, maka tiada erti lagi perjuangan Islam yang mampu dibawa Pas.”

Tan Sri Mahiaddin Yassin telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN dan calon baharu akan dinamakan minggu hadapan.

BACA JUGA: Mahiaddin letak jawatan, serangan taktikal Bersatu