Jangan beremosi, keluar Kerajaan Perpaduan tak akan kuatkan UMNO
WAN MAHUSSIN WAN ZAIN
Sekiranya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan memilih menjadi pembangkang.
Mai kita lihat kesan segera, kesan sederhana, dan kesan strategik jangka panjang, supaya jelas rantaian akibatnya.
1. Kehilangan Kuasa Mempengaruhi Dasar (KESAN SEGERA)
Apabila UMNO keluar kerajaan:
UMNO hilang tempat di Kabinet. Hilang kuasa menentukan, meminda atau menyekat dasar. Semua keputusan dibuat tanpa suara UMNO.
Apa jadi jawatan Pengerusi MARA? DS Johari Ghani nak jual goreng Pisang di Chow Kit ka?
Logik:
Keluar kerajaan ialah keluar dari meja rundingan. Tanpa kuasa rundingan, UMNO hanya boleh menjerit, bukan menentukan.
2. Dasar Sensitif Melayu Diluluskan Tanpa UMNO *(KESAN SEGERA)*
Dalam kerajaan: UMNO berfungsi sebagai penimbang & penapis isu sensitif
Contoh: pendidikan, ekonomi Bumiputera, bandar Melayu, agama
Di luar kerajaan:
UMNO hanya boleh membantah selepas dasar diluluskan. Tiada jaminan bantahan akan diendahkan
Logik :
Lebih baik menahan dari dalam, daripada menyesal dari luar.
3. Ruang Kuasa Melayu Dikecilkan Secara Struktur *(KESAN SEDERHANA)*
Keluar UMNO membuka ruang: Kerajaan dibentuk tanpa parti Melayu tradisional.
Peranan Melayu diwakili oleh parti yang tidak berakar umbi Melayu
Logik :
UMNO keluar bukan melemahkan DAP, tetapi mengosongkan ruang kuasa Melayu yang UMNO sendiri.
4. UMNO Kehilangan Akses Sumber & Pentadbiran *(KESAN SEDERHANA)*
Sebagai pembangkang: Tiada akses jentera kerajaan. Tiada peranan dalam pelaksanaan projek, penyelarasan agensi dan penyaluran bantuan rakyat terutama untuk orang Melayu.
Logik:
Parti lama yang bergantung kepada kerja khidmat akan mati perlahan jika hanya hidup dengan retorik.
5. Akar Umbi UMNO Akan Semakin Lemah *(KESAN SEDERHANA)*
Ahli UMNO di peringkat cawangan, bahagian, kampung & FELDA akan berdepan:
Soalan rakyat: “UMNO buat apa sekarang?”. Hilang motivasi kerana tiada hasil nyata
Logik :
Ahli akar umbi tidak hidup dengan slogan, mereka hidup dengan hasil dan penyelesaian masalah.
6. UMNO Akan Ditelan Naratif Pembangkang Dominan *(KESAN STRATEGIK)*
Sebagai pembangkang: UMNO bukan lagi pemain utama. Naratif pembangkang dikuasai parti lain. UMNO hanya pelengkap, bukan peneraju
Logik :
UMNO tidak akan menjadi ketua pembangkang, tetapi bayang kepada pembangkang yang lebih agresif.
7. UMNO Dilihat Tidak Bertanggungjawab oleh Pengundi Tengah *(KESAN STRATEGIK)*
Pengundi sederhana melihat: UMNO keluar ketika negara perlukan kestabilan. UMNO mengutamakan emosi berbanding kepentingan menjaga orang Melayu Dan negara
Logik: Pengundi hari ini tidak hanya tanya siapa betul, tetapi siapa stabil dan boleh mentadbir.
8. Risiko UMNO Hilang Relevansi Nasional *(KESAN JANGKA PANJANG)*
Jika berterusan sebagai pembangkang: UMNO beralih dari parti kerajaan kepada parti nostalgia Generasi muda melihat UMNO sebagai parti masa lalu dan tidak relevan dengan masa depan.
Logik :
Parti lama hanya hidup jika menyesuaikan diri, bukannya lari dari realiti.
9. Keluar Kerajaan ≠ Masuk Syurga Politik *(KESAN PSIKOLOGI)*
Seruan keluar kerajaan menjanjikan:“Maruah”, “Prinsip”, “Bersih”
Tetapi tidak menjawab: Bagaimana menang PRU? Dengan siapa bentuk kerajaan? Siapa pimpin negara?
*Logik* :
Politik tanpa pelan kuasa ialah emosi tanpa destinasi.
KESIMPULAN LOGIK BESAR
UMNO keluar kerajaan bukan menguatkan UMNO, tidak menyelamatkan Melayu, tidak menjatuhkan DAP
Sebaliknya:
Melemahkan pengaruh UMNO, mengosongkan ruang kuasa Melayu, menjadikan UMNO parti pembangkang kecil
Pilihan rasional:
UMNO kekal dalam kerajaan untuk membetulkan, menapis dan mempengaruhi dari dalam, bukan melarikan diri ke luar sambil berharap keajaiban politik.
Pentingnya Melayu ada sedikit sebanyak kesedaran. Beremosi langkah basi.