Restoran Darsa Fried Chicken di Bangi ditutup selepas setahun?
Sebuah restoran makanan segera, Darsa Fried Chicken di Bangi dilaporkan telah pun ditutup selepas lebih setahun beroperasi.
Khabar mengenai penutupan restoran itu berlegar di media sosial selepas orang ramai tertanya mengapa sudah lebih seminggu kedai tidak dibuka.
Gambar dikongsi di laman kumpulan Facebook Pekan Bangi memaparkan keadaan di hadapan kedai yang dipenuhi kerusi dan meja, mengundang tanda tanya ramai.
Di hadapan kedai juga tergantung kain rentang iklan sewa.
Menurut laporan Oriental Daily, pihak pengurusan DFC mengesahkan bahawa kedai itu memang ditutup, tetapi hanya sementara.
Darsa Fried Chicken dibuka ketika fenomena boikot sedang hangat digerakkan dalam kalangan masyarakat terhadap restoran-restoran makanan segera.
Di awal pembukaannya, restoran berkenaan mencetuskan kontroversi berkaitan komen “type C” di laman Facebook mereka yang dianggap rasis dan mencetus kemarahan orang ramai.
BACA JUGA Akmal mahu kesatuan Umno – Pas