SKMM siasat pengguna X jana imej tidak senonoh kanak-kanak, wanita

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan siasatan terhadap pengguna X yang didakwa memanipulasi imej wanita dan kanak-kanak bagi menghasilkan kandungan yang tidak senonoh, jelik melampau dan memudaratkan.

SKMM dalam satu kenyataan malam tadi berkata, penghasilan atau penyebaran kandungan memudaratkan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), yang antara lain melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan yang berunsur jelik melampau, lucah atau sumbang. 

“SKMM akan memulakan siasatan terhadap pengguna X yang disyaki melanggar AKM,” katanya.

Dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), platform dalam talian dan penyedia perkhidmatan berlesen dikehendaki mengambil langkah bagi mencegah penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian, termasuk kandungan lucah, tidak senonoh serta bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Walaupun X bukan penyedia perkhidmatan berlesen buat masa ini, platform tersebut tetap perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan. 

SKMM kini sedang menyiasat kemudaratan dalam talian yang berlaku di X dan akan memanggil wakil platform berkenaan

BACA JUGA Restoran Darsa Fried Chicken di Bangi ditutup selepas setahun?