1ni 12 perkara penting perutusan Tahun Baharu 2026 oleh PM Anwar

Berikut antara 12 perkara penting dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini:

1) Pemberian SARA RM100 kepada warganegara 18 tahun ke atas dikreditkan pada 9 Februari.

2) Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan dibuat bermula 20 Januari ini.

3) Perusahaan mikro, kecil dan sederhana bakal diberi pengecualian cukai bagi nilai jualan sehingga RM1.5 juta.

4) Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan e-Invois tanpa penalti selama setahun bagi syarikat dengan nilai jualan RM1 juta hingga RM5 juta.

5) Cukai perkhidmatan ke atas sewaan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus.

6) Jualan Rahmah MADANI bermula 9 Januari dan akan diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN.

7) Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid boleh diambil di sekolah masing-masing.

8) Peruntukan naik taraf sekolah RM80 juta diberikan kepada SJKC, RM50 juta kepada SJKT.

9) Gaji hakim mahkamah dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan.

10) Sistem digital perlu dimulakan secara serius bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

11) Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan di Parlimen tahun ini.

12) Pemisahan kuasa pendakwa raya dan Peguam Negara adalah undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini.

BACA JUGA SARA kembali lagi, RM100 dikredit kepada setiap warganegara 9 Februari