50 siri PJRM Kembali Ke Sekolah ringankan beban ibu bapa di Pahang

FOTO Berita: Kerajaan terus komited membantu meringankan beban kewangan rakyat, khususnya ibu bapa dan penjaga, melalui pelaksanaan 50 siri Program Jualan RAHMAH MADANI: Kembali Ke Sekolah (PJRM KKS) di seluruh Negeri Pahang. 4hb Januari 2026 Ahad. (Gambar: UKK KPDN)

Perkara itu ditegaskan oleh YB Senator Dr. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sempena Majlis Pelancaran Program PJRM Kembali Ke Sekolah yang berlangsung di MBS World Mega Bookstore, Kuantan. Menurut beliau, pelaksanaan PJRM Kembali Ke Sekolah yang dilaksanakan secara bertema oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bermula 18 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026 merupakan langkah bersasar Kerajaan bagi menangani isu kos sara hidup menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu.

“Program ini diwujudkan bagi memastikan ibu bapa dapat membuat persediaan persekolahan anak-anak dengan kos yang lebih rendah, sekali gus mengurangkan tekanan kewangan keluarga,” katanya. Beliau turut menegaskan bahawa secara keseluruhan, Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan antara inisiatif utama Kerajaan sebagai mekanisme intervensi harga, dengan pengurangan antara 10 hingga 30 peratus bagi barangan keperluan terpilih.

Di Negeri Pahang, pendekatan pelaksanaan PJRM Kembali Ke Sekolah memberi tumpuan kepada keperluan sebenar persekolahan melalui penglibatan pembekal utama alat tulis sebagai rakan strategik. Antara barangan keperluan yang ditawarkan pada harga lebih rendah termasuk alat tulis, pensel warna dan kalkulator, selari dengan keperluan semasa pelajar dan ibu bapa.

Dalam pada itu, Dr. Fuziah memaklumkan bahawa majlis pelancaran hari ini turut diserikan dengan penyampaian sumbangan baucar kelengkapan sekolah berjumlah RM10,000, hasil kerjasama strategik bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Pahang. “Sumbangan ini disalurkan dalam bentuk baucar bernilai RM100 kepada pelajar terpilih bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga, khususnya mereka yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa secara keseluruhan, Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan antara inisiatif utama Kerajaan sebagai mekanisme intervensi harga, dengan pengurangan antara 10 hingga 30 peratus bagi barangan keperluan terpilih. Program ini, katanya, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan prinsip kesejahteraan rakyat, keadilan sosial dan keterangkuman ekonomi, di samping mencerminkan keprihatinan Kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

[05/01, 12:36 am] Wannazek 016: “Pendidikan anak-anak adalah pelaburan masa depan negara. Usaha seperti ini amat penting bagi memastikan tiada pelajar tercicir hanya kerana kekangan kewangan,” katanya. Program PJRM Kembali Ke Sekolah diharap dapat terus diperluaskan dan memberi manfaat berterusan kepada rakyat, khususnya dalam memperkukuh akses kepada pendidikan berkualiti di seluruh negara.