‘Hebat akhlak Datuk Seri Anwar. Kalau orang lain ni…’

Doa kesembuhan buat Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini dilihat meraih pujian orang ramai.

Rata-rata memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim atas doa yang dititipkan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan yang dilaporkan terjatuh, pagi tadi.

Tanda ingatan itu disampaikan Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kini dalam perjalanan ke Turkiye bagi lawatan rasmi.

“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, Insya-Allah,” kata beliau melalui hantaran ringkas di media sosial rasminya petang ini.

Warganet dilihat menghargai kata-kata baik diucapkan Perdana Menteri untuk pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu.

“Hebat akhlak Datuk Seri. Kalau orang lain ni…

“Macam Tun kata pada PMX tapi PMX tetap tak balas… ucap selamat hari jadi, doakan lagi kesihatan. Takpalah Allah Maha Menilai setiap hati manusia.

“Alhamdulillah, walaupun dikata oleh Mahathir kononnya Anwar adalah pengkhianat, beliau tetap doakan sahabatnya yang sama-sama pernah bersatu dulu. Ingat, biar orang buat kita, kita jangan balas balik. Itu yang NABI MUHAMMAD ajar.

“Inilah PMX. Terbaik selamanya,” demikian antara kata netizen.

Pada 9.30 pagi tadi, Mahathir yang sudah pun mencecah usia 100 tahun dikejarkan ke IJN selepas dilaporkan terjatuh di rumahnya.

Semakan mendapati kali terakhir Mahathir dimasukkan ke IJN pada 13 Julai 2025 setelah mengalami keletihan ketika sambutan ulang tahun hari lahirnya yang ke-100 tahun.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi berkenaan berehat di IJN beberapa jam sebelum dibenarkan pulang pada petang hari yang sama.

BACA JUGA NGO sambut baik komitmen reformasi institusi Perdana Menteri