Mahathir ‘tumbang’, ke IJN
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah ‘tumbang’ dan dikejarkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.30 pagi ini setelah terjatuh pagi ini.
Ia telah disahkan oleh pegawai beliau Suffi Yussof.
“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Seorang pegawai media Pejabat Dr Mahathir memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung keadaan kesihatan Dr Mahathir dalam masa terdekat.
Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, bekas Perdana Menteri yang kini berusia 100 tahun itu pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi.
BACA JUGA:Menuju negara maju melalui had penggal Perdana Menteri