Masuk Januari, orang ramai di media sosial pakat tandakan tarikh bantuan

Orang ramai di media sosial mula berkongsi dan menandakan tarikh-tarikh penting penyaluran bantuan kerajaan yang dijangka masuk bermula pertengahan Januari ini.

Beberapa penyaluran bantuan kerajaan termasuklah Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA untuk seluruh rakyat Malaysia berusia 18 tahun menjadi antara topik tumpuan ramai.

Orang ramai mula membuat peringatan sebagai persediaan ramai untuk mengatur perbelanjaan.

Ia juga mencerminkan harapan rakyat terhadap bantuan kerajaan yang mampu memberi kelegaan pada perbelanjaan awal tahun.

Pengguna Threads @itsmeft3nzm menulis: “Tolong ingat tarikh-tarikh ni semoga urusan kita dipermudahkan

11 Januari 2026 : Bantuan Awal Persekolahan

20 Januari 2026 : Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1

22 Januari 2026 : Kenaikan Fasa 2 Gaji SSPA 

9 Februari 2026 : SARA untuk Ramadan dan CNY”.

Pengguna lain @tyrah_mamadhiya pula mengucapkan syukur untuk setiap satu bantuan yang disalurkan kerajaan yang dianggap telah memudahkan urusan rakyat terbanyak.

“Untuk bulan JANUARI, antara bantuan yang kita dapat

1. Bantuan SARA setiap bulan ya, Jumaat mula masuk. Macam biasa ada 2 kategori RM200(ekasih) dengan RM100.

2. Bantuan persekolahan RM150, 11 Januari untuk anak-anak Tahun 1 sehingga Tingkatan 6

3. STR FASA 1, 20 Januari. 

“Alhamdulillah untuk 3 bantuan yang disalurkan. Permudahkan segala urusan masuk untuk rakyat  yNg bersyukur menerima apa adanya,” kongsinya.

Pengguna @keykin_aw mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, menyatakan bantuan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga.

BACA JUGA Jangan asyik meratib DAP, Syahir