PM Anwar selamat tiba di Ankara, Tukiye atas jemputan Erdogan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ankara, Republik Turkiye tengah malam tadi bagi lawatan rasmi tiga harinya.
Beliau ke Turkiye atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
“Alhamdulillah, selamat tiba di Ankara, Republik Türkiye bagi memulakan lawatan rasmi atas undangan sahabat baik saya, Presiden Recep Tayyip Erdoğan.
“Mohon doa semua agar setiap rencana pertemuan serta perbincangan yang berlangsung sepanjang berada di Republik Türkiye ini membuahkan hasil yang bermakna buat rakyat dan negara,” kata Anwar di Facebook.
Hari ini Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Erdogan dan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Strategik Peringkat Tinggi (HLSC) Malaysia-Turkiye.
Anwar juga akan menyampaikan syarahan umum di Ankara dan melawat Istanbul, dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi melalui sesi meja bulat bersama syarikat-syarikat Turkiye, serta sesi interaksi media bagi menggariskan hala tuju hubungan Malaysia-Turkiye
Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion (USD4.92 bilion) dan republik itu terus menjadi rakan ekonomi penting bagi Malaysia.