Mahkamah putus pokok getah Felcra Bukit Tandak milik peneroka bukan kerajaan negeri Kelantan

Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memutuskan bahawa peneroka Felcra Bukit Tandak berhak ke atas pokok-pokok getah secara equity, walaupun ia telah habis ditebang atas arahan Kerajaan Negeri Kelantan.

Mahkamah selanjutnya mengarahkan agar taksiran gantirugi untuk menentukan kerugian para peserta atau secara alternatif Kerajaan Negeri Kelantan membayar balik wang yang telah mereka terima hasil pengeluaran tender secara rundingan terus tesebut.

Ia berlaku setelah pebagai usaha dan jerit tangis peneroka yang tertindas akibat kerakusan kerajaan Negeri Kelantan terhadap rakyat mereka di sana.

“Terima kasih kesemua pihak termasuk rakan terpelajar Azam Rashid yg bersama-sama dlm mengharungi perit jerih kes ini,” kata aktivis politik Umno di Kelantan, Wan Mahussin.

Kes bermula 2020 sehingga naik sampai ke Mahkamah Persekutuan apabila diperingkat awal writ saman dibatalkan dan diturunkan semula ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

(Peserta Felcra Bukit Tandak membantah tindakan kerajaan negeri Kelantan menebang pokok getah mereka – gambar Sinar Harian)

Seramai 348 peserta di rancangan pemulihan tanah Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang sebelum ini mendakwa hilang punca pendapatan apabila tanaman getah seluas 689 hektar yang menjadi sumber rezeki utama ditebang oleh kerajaan negeri.

Lebih memeritkan lagi, peserta mendakwa pokok getah yang diusahakan di atas tanah seluas 689 hektar sejak 40 tahun itu ditebang ketika pertikaian berkaitan isu tersebut masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.

Tanpa berselindung, wakil peserta, Mat Yunus Jusoh, 60, meluahkan rasa dukacita dengan tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai tidak berhati perut.

Mat Yunus mendakwa, kerajaan negeri sepatutnya menghormati ketetapan dibuat oleh mahkamah yang memutuskan perbicaraan berhubung kes itu akan disambung semula pada 17 November depan.

“Tapi mereka (kerajaan negeri) tidak hormat keputusan itu sebaliknya terus menjalankan kerja-kerja tebang pokok getah milik kami semua.

“Tindakan ini umpama kami sewa rumah bila halau kami, pemilik (rumah) tidak benarkan segala barangan milik kami dibawa keluar. Ini tidak adil bagi kami, begitu juga dalam isu pokok getah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Felcra Bukit Tandak sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian.

BACA JUGA Kerja lebih kuat, turun ke lapangan lebih kerap, janji Mohamad Sabu