Perodua antara bakal mendapat manafaat penuh dari ECRL
ECRL yang bakal menghubungkan ibu negara dengan pantai timur apabila dilancarkan nanti bakal mencetuskan nilai ekonomi yang tinggi untuk negara.
Ini kerana, ECRL bakal memberikan khidmat pengangkutan yang sangat diperlukan untuk membangunkan ekonomi negara.
Antara yang bakal mendapat manafaat besar adalah Perlabuhan Kuantan dan juga Hub 2 Perodua yang bakal dibina bersebelahan Stesen ECRL Paya Besar, Kuantan.
Menurut laman mekanika.com, Perodua dilaporkan sedang merancang satu pembangunan berskala besar di Paya Besar, Kuantan yang berpotensi mengubah landskap logistik automotif di Pantai Timur.
Projek ini melibatkan pembinaan hab logistik automotif di atas tanah seluas kira-kira 16.88 ekar, terletak strategik bersebelahan Stesen ECRL Paya Besar.
Berdasarkan maklumat industri yang diperoleh, hab ini dijangka merangkumi beberapa komponen utama termasuk Pusat Pengedaran Kenderaan (Regional Distribution Centre – RDC), Pusat Jualan Kenderaan Pramilik (ROV), Pusat Alat Ganti, serta Pusat Baik Pulih dan Mengecat Kenderaan. Gabungan fasiliti ini menunjukkan perancangan yang bersifat menyeluruh, bukan sekadar gudang logistik biasa.
Salah satu elemen paling menarik ialah potensi penggunaan ECRL sebagai medium pengangkutan utama bagi kenderaan dan komponen.
Jika direalisasikan, ia berupaya mempercepatkan pergerakan logistik dari dan ke Pantai Timur, mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan darat jarak jauh, serta menurunkan kos operasi keseluruhan rantaian bekalan, lapor Mekanika.
Lebih signifikan, terdapat beberapa petunjuk kukuh bahawa hab ini berkemungkinan disambungkan terus dengan hab utama Perodua Serendah melalui rangkaian ECRL, sekaligus mewujudkan ekosistem logistik automotif yang lebih efisien pada peringkat nasional.
BACA JUGA Pendekatan Steven Sim sangat disenangi, jalan teruih YB