Saingan tiga penjuru di Kinabatangan, BN bertempur dengan Warisan di Lamag
PRK Parlimen Kinabatangan bakal menjadi medan pertembungan tiga penjuru yang hangat, manakala DUN Lamag dijangka menyaksikan pertarungan sengit BN dan Warisan.
BN turun dengan taruhan besar di Parlimen Kinabatangan apabila Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar, dicatur menentang bekas ADUN Sukau daripada Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman, selain calon Bebas, Goldam Hamid.
Kerusi DUN Lamag pula menyaksikan pertembungan dua parti apabila calon BN, Mohd Ismail Ayob, dicabar calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari, manakala hari pengundian awal pada 20 Januari.
Kekosongan kedua-dua kerusi berlaku susulan kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan paru-paru.
LANJUT MENYUSUL
BACA JUGA MN tak jadi, PN bergoncang: Pas alami dilema besar menuju PRU16