Ladang babi di Selangor lebih banyak sekarangkah?
Jamzuri Ardani
Masa wakil PAS jadi Exco Pertanian Selangor dulu ada 128 buah ladang babi di Selangor. Saya ulang … ada 128 ladang babi di Selangor.
Sejak Datuk Izham Hashim jadi Exco Pertanian dan Infrastruktur pada tahun 2018 … tiada pertambahan ladang babi baru yang diluluskan.
Malah bilangan ladang babi berjaya dikurangkan kepada 112 buah ladang sahaja. Saya ulang … berjaya dikurangkan menjadi 112 buah sahaja.
Pengurangan sebanyak 16 buah ladang babi dalam tempoh 7 tahun.
Sekarang … dari 112 buah ladang babi sedia ada … ianya akan dikurangkan lagi menjadi hanya 1 ladang sahaja. Ya … cuma tinggal SATU LADANG sahaja.
Ladang yang satu ini pula akan dibuat secara TERTUTUP dan memenuhi piawaian ladang moden bertaraf dunia.
Ia akan dilengkapi dengan kelengkapan ladang yang terkini serta ciri-ciri kawalan penyakit dan mesra alam sekitar.
Jadi, kepada kawan-kawan PAS yang terlebih nak menganjing tu … sedar-sedarlah diri tu sikit.
Jamzuri Ardani ialah bekas pegawai GLC di Selangor.