Protes di Iran: Ini status rakyat Malaysia

Kedutaan Besar Malaysia di Iran mengesahkan bahawa rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat susulan kebangkitan protes rakyat terhadap kerajaan di Iran.

“Berdasarkan laporan terkini, semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran adalah selamat.

“Pihak kedutaan sedang giat menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar bagi memastikan kesejahteraan mereka serta menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini yang diperlukan.

“Rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terjejas dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut Wisma Putra, hari ini.

“Kementerian Luar Negeri juga mengesyorkan supaya semua perjalanan tidak penting ke negara terbabit ditangguhkan buat sementara,” menurut kenyataan itu lagi.

Bantuan consular Kedutaan Besar Malaysia di Tehran boleh diperolehi dengan menghubungi +982188072444 / +982188078606, telefon bimbit +989335352602 atau e-mel ke mwtehran@kln.gov.my/ mwconsular.teh@gmail.com

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau situasi ini dengan teliti dan akan menyalurkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa sekiranya perlu,” menurut Wisma Putra.

BACA JUGA: ‘Rakyat Perlis kini seolah-olah dihukum dua kali’