Exco Pertanian menghadap Sultan Selangor isu ternakan babi
Exco Pertanian Negeri Selangor, Datuk Izham Hashim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.
Dalam pertemuan itu, Izham menyembah maklum dan membentangkan perincian keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung isu penternakan babi di Kuala Langat
Difahamkan beliau akan mengadakan sidang media khas pada jam 2.30 petang ini.
Sultan Selangor sebelum ini menyatakan rasa dukacita dan tidak setuju terhadap perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat mulai tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
Baginda bertitah, secara prinsipnya baginda akur dengan kewujudan penternakan babi berskala kecil dan terkawal bagi memenuhi keperluan sumber makanan masyarakat bukan Islam.
Namun, pembangunan berskala besar disifatkan tidak wajar, tidak sensitif dan tidak seimbang dengan realiti demografi Selangor yang majoritinya terdiri daripada penduduk Melayu Islam.
BACA JUGA Pengerusi Serantau Muslim didakwa seleweng dana orang ramai