Penternakan babi di Kuala Langat dan kawasan sekitar akan dipercepatkan pemindahannya
Exco pertanian dan infrastruktur Datuk Dr Izham Hashim telah mengesahkan bahawa proses pemindahan ladang penternakan babi dari Kuala Langat dan beberapa kawasan lain akan dipindahkan ke Bukit Tagar.
“Hasrat kerajaan negeri selari dengan titah sultan. Kita akan percepatkan pemindahan tahun ini,” Izham memberi jaminan dalam sidang media setelah bertemu dengan sultan pagi ini.
Pemindahan tersebut akan dibuat dalam tahun ini.
Beliau menyatakan bahawa baginda sultan juga menerima hakikat bahawa isu ini bukan bertujuan menyekat bekalan makanan bukan Islam.
“Kita kena ambil kira kelestarian alam sekitar. Jangan dibawa isu perkauman.
“Perancangan awal ialah kita nak beri grace period sebelum pindah ke Bukit Tagar.
Izham menyatakan penternakan babi di Bukit Tagar akan dijalankan secara moden dan lestari dengan syarat yang ketat.
“Tempatnya jauh dari penduduk. Ada zon penampan.
“Negeri letak syarat penampan. Kedua, tertutup.
“Kita nak elak bau dan selamat dari penyakit
“Ketiga, kumbahan tak masuk sungai. zero discharge
Lesen tahunan akan diperkenalkan menggantikan lesen sementara.
Beliau menyoal bagaimana pembangkang boleh membuat tohmahan bahawa Selangor menjadi negeri pengimport babi sedangkan jumlah pengeluaran babi hanya 30% daripada permintaan dalam negeri.
“Sebelum swine flu pun 60% sahaja. Sekarang 30% diternak untuk Selangor.
“Ada kata kita nak jadi pengeksport. Eksport apa keperluan negeri tak cukup.
“Ini hanya untuk keperluan rakyat bukan Islam.”
BACA JUGA: Exco Pertanian menghadap Sultan Selangor isu ternakan babi