Reformasi yang pernah digagalkan oleh Perikatan Nasional
Usaha reformasi – pengehadan dua penggal untuk perdana menteri adalah satu usaha yang Perikatan Nasional pernah gagalkan sebelum ini.
Pengehadan dua penggal untuk perdana menteri yang telah diumumkan pada permulaan tahun ini menyaksikan percubaan ketiga kerajaan untuk melaksanakan had dua penggal.
Sebelum pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad hanya berjaya membentangkan RUU untuk bacaan kali pertama.
Pembentangan tersebut dibuat oleh mendiang Datuk Liew Vui Keong pada 3 Disember 2019.
Pada 26 Ogos 2020 menteri ketika itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menarik balik RUU tersebut berasaskan pendirian bahawa PN tidak berminat melaksanakan reformasi.
Buat masa ini Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu melantik anggota Dewan Rakyat yang mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen sebagai perdana menteri.
RUU pada 2019 telah mencadangkan tambahan: mereka yang tidak memegang jawatan Perdana Menteri selama dua penggal.
Pengehadan dua penggal hanya akan menjadi realiti sekiranya pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan dengan majoriti dua pertiga.