Tak perlu heret isu babi ke sentimen kaum

OLEH SYAM GHAZ

Babi.

Kelantan tak ternak babi saudara, tapi negeri Kelantan yang banyak daging babi masuk untuk ke pasaran tempatan.

Penyeludup, tukang angkat, tukang bot majoriti Melayu saudara.

Malah ada yang tak tahu apa-apa angkut ja.

Polis Kelantan dibawah Kerajaan Madani yang gagalkan penyeludupan daging babi yang berleluasa di Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang

Nak harapkan Kerajaan Kelantan? Polis tutup 220 Pengkalan Haram, mereka marah polis lagi adalah.

Waktu YB Pas di Perak jadi Exco Pertanian Kerajaan PN Perak dulu, ladang babi terbesar di Perak mereka tak tutup pun.

Sekarang mereka nak jadikan isu babi ni isu kaum?

Saya tak kira lah kaum apa. Jika busuk sangat wajib tutup. Mudah. Tak perlu meleret ke isu kaum dan parti politik.

Busuk itu sebab sistem tak elok, sistem kumbahan najis babi tak cekap, dan tempat tu bermasalah. Jika tempat ladang tu bermasalah tutup sahaja.

Sama juga ke ternakan ayam, itik, lembu, kambing, kuda dan babi. Jika tak ada sistem yang baik, dekat dengan kejiranan dan orang kampunf, memang bau busuk semua orang tak selesa tak kira kaum atau kampung.