Kerajaan MADANI tekad perkukuh hal ehwal Islam secara inklusif

Titah dan nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tentang amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan Sultan Nazrin hari ini mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri.

Ia penting terutama dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan umat Islam, selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan MADANI akan terus membulatkan tekad untuk memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan melalui semangat musyawarah antara negeri, berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia MADANI, demi kesejahteraan umat dan keharmonian negara yang berpanjangan.

BACA JUGA Hannah Yeoh menang saman, Musa Hassan diperintah bayar RM250,000 kerana memfitnah