Akmal bakal jumpa Presiden UMNO petang ini
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui belum dimaklumkan mengenai keputusan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung jawatan sebagai Ketua Pemuda parti itu.
Ahmad Zahid berkata, keputusan Akmal mengenai masa depannya hanya akan dimaklumkan petang ini melalui perjumpaan bersama Exco Melaka berkenaan.
“Beliau (Akmal) akan jumpa saya petang ini, saya tidak tahu apa keputusannya,” katanya, dipetik BH, tanpa perincian berhubung perjumpaan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkenaan berkata demikian bagi mengulas mengenai kedudukan dan nasib Akmal yang sebelum ini memberi isyarat untuk berundur daripada jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Akmal semalam menyatakan kesediaannya untuk akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengenai jawatan yang kini disandangnya.
Terdahulu, Akmal memberi bayangan untuk melepaskan dua jawatan yang disandangnya selepas gesaan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.
BACA JUGA Bersatu terima Mahiaddin letak jawatan Pengerusi PN